May 28, 2010

x abes2 CINTA

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.

Kenangan, hanyalah satu arca. Yang kabur dan tersisih. Bila impian tak tersurat. Bila rindu bertebaran. Dan bila luka kian melarat. Apa lagi yang tertinggal. Cuma sebuah pengalaman. Paling memilukan. Amat meyakitkan. Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal.

Hargai cinta kita, mahalkan sedikit harganya, agar apabila kita merelakan ia dibeli oleh seseorang, orang itu akan menghargainya sepenuh jiwa.

p/s:nyte2 abu!!!MySpace

0 comments:

Post a Comment

May 28, 2010

x abes2 CINTA

Posted by ::WAWA AZURA:: at 12:11 AM

0 comments on "x abes2 CINTA"

Post a Comment